Home » Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak by Hadijah Rahmat
Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak Hadijah Rahmat

Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak

Hadijah Rahmat

Published 2006
ISBN :
209 pages
Enter the sum

 About the Book 

Sastera kanak-kanak mempunyai peranan dan fungsi yang penting sebagai wadah pendidikan dan amat berpengaruh dalam kehidupan insan dan pembangunan masyarakat. Namun, amat kurang perhatian dan kajian dilakukan terhadap sastera kanak-kanak Melayu.MoreSastera kanak-kanak mempunyai peranan dan fungsi yang penting sebagai wadah pendidikan dan amat berpengaruh dalam kehidupan insan dan pembangunan masyarakat. Namun, amat kurang perhatian dan kajian dilakukan terhadap sastera kanak-kanak Melayu. Penulis buku ini telah mengisi kekosongan ini dengan melakukan sebuah kajian rintis dalam bidang ini, dengan membut tinjauan yang menyeluruh mengenai kedudukan dan perkembangan sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura sejak zaman awal lagi sehinggalah ke tahun 1982. Fokus kajian adalah terhadap peranan sastera ini dalam masyarakat Melayu, khususnya sebagai penyalur nilai-nilai pembangunan, pencapaian serta pembinaan konsep hero dan kecemerlangan dalam diri kanak-kanak. Buku ini telah mengenal pasti jenis, corak, dan arah perkembangan buku-buku kanak-kanak dalam pelbagai genre. Hasil kajian penulis menunjukkan bahawa buku-buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu agak lewat dihasilkan dan lambat pula berkembang. Biarpun pertumbuhan buku untuk kanak-kanak ini, sudah meningkat cepat, tetapi perkembangannya lebih pada aspek kuantiti berbanding dengan perkembangan aspek mutunya. Sastera kanak-kanak Melayu ini juga belum bertindak dengan berkesan sebagai alat pendorong pencapaian atau motivasi ke arah taraf kecemerlangan yang tinggi. Hasil perbincangan dan renungan dalam buku ini pasti berguna dan wajar menjadi rujukan kepada para pendidik, ibu bapa, penulis dan semua yang terlibat dan bertanggungjawab dalam pembinaan sastera dan pembangunan kanak-kanak.